Slide background
Slide background
Slide background
Slide background
Slide background

Khidmat PASTI

Gerai PASTI

Umrah PASTI

Pautan PASTI

 

Majlis Setulus Budi Kenangan Abadi & Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia 2015 -2017

Majlis Setulus Budi Kenangan Abadi & Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia 2015 -2017 telah berjaya diadakan pada 29 Ogos 2015 di Golden Straits Villa Beach Resort, Port Dickson.

Majlis diceriakan lagi dengan kehadiran YB Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abd Aziz selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Mantan Ketua Pengarah PASTI Malaysia Tuan Hj Hashan Bin Hj Ahmad.

Majlis ini merupakan satu program kebiasaan apabila berlakunya perubahan kempimpinan diperingkat PASTI Malaysia dan bertujuan bagi menghargai pelbagai bentuk sumbangan kepada PASTI Malaysia.

Majlis dimulakan dengan makan malam dan diakhiri penyampaian watikah perlantikan ALP yang baru bagi sesi 2015-2017.

 

 

 

 

Alam Ria PASTI Malaysia 2015 : PASTI Pulau Pinang Juara Keseluruhan

Port Dickson, 30 ogos : Alam Ria PASTI Malaysia 2015 telah berjaya diadakan di Golden Straits Villa, Port Dickson Negeri Sembilan.  Tahniah diucapkan kepada PASTI Pulau Pinang  kerana muncul  juara keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2015. Tahniah juga kepada semua peserta yang telah bersungguh-sungguh dalam menyertai Alam Ria PASTI Malaysia kali ini.

Pelbagai acara telah dipertandingkan iaitu Kalam Jama’ei, Nasyid, Khutbah, Azan, Pidato, Bercerita, Sajak dan Hafazan. Semua acara ini telah disertai dari wakil setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Sudah menjadi lumrah dalam sesuatu pertandingan akan ada yang kalah dan menang. Walau bagaimana pun, secara keseluruhan penyertaan kali ini amat membanggakan dan menghiburkan kepada para penonton yang hadir.  Ini menandakan pelajar PASTI sememangnya hebat bukan sahaja dalam bidang pelajaran malah hebat juga dengan bakat-bakat dakwah yang terpendam.

Akhir kata, PASTI Malaysia mengucapkan terima kasih  dan tahniah kepada PASTI Negeri Sembilan selaku tuan rumah  kerana berjaya menganjurkan Alam Ria PASTI Malaysia kali ini dengan jayanya.

Semoga bertemu kembali pada Alam Ria PASTI Malaysia 2016 yang bakal berlangsung di Negeri Terengganu.

Berikut ialah keputusan penuh acara Alam Ria PASTI Malaysia 2015 :

 

PASTI Turut Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-58

"Sehati Sejiwa" tema hari kemerdekaan Malaysia 2015

Pelajar PASTI tidak ketinggalan dalam meraikan hari kemerdekaan Malaysia kali ke 58.

Tahniah kepada Pasti Ibnu Sina Gelung Pepuyu, Perak kerana berjaya membuat aktiviti perarakan kemerdekaan di samping penyertaan pihak lain.

Semoga PASTI akan maju kehadapan dengan jayanya.

 

.

Lihat Semua Berita