Slide background
Slide background
Slide background
Slide background
Slide background

Khidmat PASTI

Gerai PASTI

Umrah PASTI

Pautan PASTI

 

PASTI TRAVEL AND TOURS SDN BHD

   MAKLUMAT.

PENDAFTARAN UMRAH DAN BADAL HAJI SUDAH DIBUKA !!!!

PROGRAM UMRAH DAN BADAL HAJI  INI DI URUSKAN OLEH PASTI TRAVEL AND TOURS . 

DISKAUN UMRAH  DIBERIKAN KEPADA WARGA KERJA DAN JUGA GURU PASTI. 

MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI :

untuk pendaftaran umrah , taip "umrah pasti 2016" dan hantarkan ke 010-6620247

untuk badal haji , taip "badal haji 2016 " dan hantarkan ke 010-6620247

TEL ; 03-61811728 (pejabat)

EMAIL ; pastitravel@gmail.com

website ; www.pastitravel.com

 

 

 

Tahniah : Adik Khairul Idham Pawi & Farihah Zulkifli

 

 

Alhamdulillah, puji dan syukur kehadrat Ilahi di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Semoga nikmat-nikmat ini akan berterusan dan dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk meraih redha dan rahmat Ilahi.

Khabar gembira dari Benua Amerika Latin, Argentina, bukan sahaja mengharumkan nama negara di mata dunia bahkan telah meletakkan nama Khairul Idham Pawi sebaris pelumba-pelumba handalan dunia dalam Kejohanan MotoGP Dunia kategori Moto3. Kegembiraan seluruh rakyat Malaysia terhadap kemenangan ini turut dikongsi warga PASTI Negeri Perak yang juga berbangga dengan keteguhan prinsip beliau dalam meraikan kemenangannya.

Khairul Idham Pawi merupakan seorang bekas pelajar PASTI yang pernah mendapat asuhan dan didikan di PASTI Nurul Iman, Kampung Gajah pada tahun 2004. Salah seorang gurunya iaitu Ustazah Faridah bt Dawam merupakan Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Perak pada waktu ini. Keprihatinan ibu dan ayahnya terhadap asas pendidikan agama yang kuat telah mendorong mereka untuk menghantar beliau dan adik beradiknya ke PASTI. Kami warga PASTI Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas kepercayaan yang telah diberikan.

Buat anakanda Khairul Idham Pawi TAHNIAH atas kejayaan anda dan besar harapan kami agar dapat terus mencipta kejayaan demi kejayaan serta terus istiqamah mengamalkan segala ilmu yang dipelajari di PASTI demi kecemerlangan dunia dan akhirat. Kepada seluruh warga PASTI MALAYSIA jadikanlah kejayaan seperti ini sebagai satu suntikan semangat untuk terus tabah dan cekal serta beristiqamah dalam mendidik anak –anak PASTI, demi melahirkan tunas-tunas Islam yang suatu masa nanti dapat memberikan sumbangan yang besar kepada agama dan negara.


Sekalung tahniah khas untukmmu Khairul Idham Pawi dan Syabas untuk semua. Mudah-mudahan Allah memberkati kerja amal kita bersama.

 

Pengarah PASTI Selangor Ustaz Syarhan menyampaikan cederahati kpd Adik Farihah Zulkifli dalam kunjungan di rumahnya sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan beliau menjuarai pertandingan Hafazan peringkat Kebangsaan 2016. Farihah bekas murid PASTI menjadi kebanggaan PASTI. Semoga Farihah terus maju & tingkatkn ilmu & amalan

Farihah Zulkifli merupakan bekas murid PASTI At-Tawheed Taman Jasa Utama tahun 1998 menjuarai pertandingan Hafazan Peringkat Kebangsaan. Sayu rasanya bila berkunjung ke rumahnyanya Farihah masih mengingati ust. Khairiah yg mengajarnya di PASTI. Tahniah kpd ibunya cikgu Izan & juga ayahnya en.Zul yg berjaya melahirkn seoang hafizah.

 

Jom Kembara Acheh

Jom kembara Acheh 
 
#kembara di Bumi Acheh 
 
======================
 
Menelusuri Ibrah Tsunami Di Acheh 
 
Wilayah Aceh unik, kerana ia mempunyai undang-undang tersendiri. Sejak peristiwa tsunami pada tahun 2004, Aceh telah berubah wajah. Sistem undang-undangnya mengikut undang-undang syariah.
 
Alami pengalaman kembara di bumi #Acheh , antaranya : 
 
* Seulawah Monument merupakan pesawat pertama yang dibeli oleh Presiden Soekarno. 
 
* Masjid era Belanda iaitu Masjid Raya Baiturahman. 
 
* Muzium Acheh menempatkan loceng bersejarah Cakra Donya Bell & Makam Sultan Iskandar Muda. 
 
* Kunjungi taman istirehat isteri Sultan Iskandar Muda di Gunongan & tanah perkuburan perwira Acheh & Belanda di Kerkoop. 
 
* Pesantren Darul Maghrifah pula adalah pusat penempatan anak-anak angkat peristiwa tsunami. 
 
* Plaza Pantai Perak, Plaza Berata, & Pasar Acheh merupakan kompleks membeli-belah terkenal di Banda Acheh. 
 
* Perkampungan nelayan Ulee Lee & Pantai Lampuuk & Loknga merupakan tapak tsunami 2004. 
 
* Ketahui juga sejarah pahlawan wanita tempatan era Belanda di Rumah Cut Nyak Dien. 
 
Berminat ? 
 
✈PAKEJ TERMASUK:
 
o TIKET PENERBANGAN PERGI & BALIK 
o PENGINAPAN SEPERTI ATURCARA 
o MAKAN SEPERTI ATURCARA 
o PEMANDU PELANCONG 
o CUKAI LAPANGAN TERBANG PERGI & BALIK 
o PENGANGKUTAN SEPANJANG LAWATAN 
o ENTRANCE FEE SEPERTI ATURCARA 
 
✈PAKEJ TERKECUALI: 
 
o LEBIHAN BAGASI 20 KG KEATAS 
o PENGANGKUTAN DARI/KE KLIA (RETURN) 
o PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DI NYATAKAN DI DALAM PAKEJ TERMASUK.
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi : 
☎  SMS @ Whatsapp 'Banda Acheh' ke 0194812372 
PASTI MALAYSIA Ibu Pejabatt (HQ): 
☎03-6181 1728 (Pn Nasihah)
Batu Caves, Selangor.
 
Terima Kasih 
 
Pasti Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Darul Mubarak Travel & Tours Sdn Bhd 
 
#menelusurikeindahanalam #travel #tourism #backpack #groundarrangementSMS
.

Lihat Semua Berita