Slide background
Slide background
Slide background
Slide background
Slide background
Slide background

Khidmat PASTI

Gerai PASTI

Umrah PASTI

Pautan PASTI

Penekanan 5M Lahirkan Generasi Soleh

 

GOMBAK : Penekanan terhadap penguasaan 5M dalam kalangan murid, menjadikan PASTI sebuah institusi yang unik yang terus menjadi pilihan masyarakat di negara ini, demikian kata Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim.

Menurutnya, berbeza dengan kurikulum kebanyakan institusi pendidikan awal kanak-kanak di negara ini, kejayaan murid PASTI bukan sahaja dilihat dari aspek kemampuan membaca, menulis dan mengira semata-mata, tetapi juga diukur pada kejayaan mereka dalam aspek menghafal dan mengamalkan ilmu yang diperolehi.

Jelas beliau, penekanan terhadap aspek berkenaan (5M) adalah bagi melahirkan murid-murid soleh yang cemerlang dalam segenap aspek, bukan tertumpu kepada aspek intelek semata-mata.

“PASTI barangkali berbeza kurikulum dengan prasekolah yang lain, anak-anak murid PASTI diberikan pendedahan yang jitu dalam setiap lapangan baik kurikulum mahupun kokurikulum.

“PASTI menekankan 5M menjadi teras iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan kerana semua elemen itu adalah merupakan sendi dan tunjang dalam memperdayakan sistem pembelajaran,” katanya ketika berucap pada Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia 2019 yang berlangsung di Hotel Mercure, Selayang, dekat sini hari ini.

Meskipun demikian kata beliau, tugas berkenaan (melahirkan murid-murid yang cemerlang) tidak sewajarnya dibebankan di atas bahu para pendidik semata-mata, bahkan menuntut komitmen yang tinggi dalam kalangan ibu bapa.

Ini kerana tambah beliau, pemantauan terhadap perkembangan mereka (anak-anak) perlu berjalan pada setiap masa, baik di PASTI mahupun di rumah untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

“Satu aspek yang tidak boleh ditinggalkan adalah sokongan padu daripada ibubapa dalam memantau perkembangan anak-anak yang pulang ke rumah setelah menimba ilmu di PASTI.

“Besar harapan PASTI agar kombinasi antara Pemuda, Pengurusan PASTI, guru guru, ibubapa dan murid dapat diterjemahkan dengan sebaik mungkin bagi memastikan anak-anak PASTI terus menempa kejayaan samada kejayaan di dunia mahupun di akhirat,” ujarnya.

https://berita.pas.org.my/penekanan-5m-lahirkan-generasi-s…/

 

Tauhid Kepada Allah Tunjang Pendidikan PASTI

Tauhid Kepada Allah Tunjang Pendidikan PASTI

GOMBAK : Ketika masyarakat meletakkan nilai sesebuah kejayaan pada bilangan ‘A’ yang diperolehi, para guru PASTI sebaliknya diingatkan supaya memberikan penumpuan terhadap pendidikan tauhid dalam kalangan anak-anak PASTI.

Kata Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden, kejayaan sebenar di sisi Islam bukan semata-mata dilihat pada pencapaian akademik, tetapi juga pada sejauh mana ketinggian taqwa mereka kepada Allah S.W.T.

Memetik maksud firman Allah dalam ayat ke-13 Surah Luqman, beliau berkata pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya agar tidak mensyirikkan Allah S.W.T. menjadi dalil yang menjelaskan keutamaan pendidikan tauhid diberikan pada usia awal kanak-kanak lagi.

“Inilah tunjang Pendidikan kita. Ketauhidan kepada Allah S.W.T mestilah ditanam dalam diri anak anak semenjak dari kecil sehingga menjadi aqidah yang mantap di dalam jiwa.

“Kita berharap agar para guru PASTI terus memberi perhatian yang tinggi kepada tunjang ini walaupun cabaran dan kehendak semasa kadang kadang melihat ‘A’ yang ingin dinilai,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia 2019 yang berlangsung di Hotel Mercure, Selayang, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, sokongan serta kepercayaan yang diberikan semua pihak membolehkan PASTI terus melangkah gagah melaksanakan amanah menguruskan pendidikan pra sekolah sampai ke hari ini.

Ini katanya menjadi bukti bahawa masyarakat semakin menerima PAS bahkan parti berkenaan mampu menawarkan khidmat kepada rakyat walaupun belum memerintah negara.

“PAS melalui PASTI telah membuktikan bahawa PAS mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan menjadi pilihan terbaik untuk memimpin negara,” tegasnya.


https://berita.pas.org.my/tauhid-kepada-allah-tunjang-pend…/

 

Bengkel Kurikulum Pasti Malaysia 2.0

Semalam berlangsungnya Bengkel Kurikulum PASTI Malaysia 2.0 di bilik seminar Pejabat Pentadbiran PASTI Malaysia. Bengkel tersebut memberi pendedahan dan bertukar idea tentang sistem baharu yang bakal diperkenalkan tahun hadapan iaitu Sistem Perkembangan Prestasi Murid (SPPM).

Turut hadir dalam bengkel tersebut adalah Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Syarhan Humaizi Bin Halim dan dikelolai oleh Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia Bahagian Sektor Pembangunan Akademik, Encik Mohd Azahari Bin Yahaya.

 

.

Lihat Semua Berita