Daily Archives: June 4, 2013

PESTA BOLA SEPAK DAN BOLA JARING PASTI MALAYSIA 2013

Pesta Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Malaysia 2013 peringkat Kebangsaan kini kembali lagi. Pesta Sukan tersebut akan diadakan pada 28 dan 29 Jun 2013, hari Jumaat dan Ahad. Negeri Kedah telah terpilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini. Pesta akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar Kedah.

Pesta tersebut akan dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mahfuz  Omar, Naib Presiden PAS pada pukul 8.00 pagi hari Sabtu. Pengunjung yang hadir akan menyaksikan juara bola sepak dan bola jaring di setiap negeri  berentap untuk merebut gelaran Johan Peringkat Kebangsaan.

Pihak PASTI Malaysia amat mengalu-alukan kehadiran tuan- puan sekeluarga untuk berkunjung ke Pesta Bola Sepak dan Bola Jaring yang dianjurkan selang dua tahun ini. Semoga Pesta Sukan ini akan berlangsung dengan jayanya dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara PASTI di setiap negeri.