Daily Archives: July 3, 2013

ALAM RIA PASTI 2013 KINI KEMBALI LAGI

Alamria

Alam Ria PASTI akan menjelang tiba tidak lama lagi. Dijangkakan Alam Ria PASTI Malaysia akan diadakan pada bulan September 2013.

Sebahagian PASTI Negeri dan Kawasan telah membuat persiapan untuk menganjurkan Alam Ria di peringkat kawasan dan negeri masing-masing.

Sebahagian Negeri yang akan menganjurkan Alam Ria PASTI dalam masa yang terdekat adalah:

SELANGOR:

Alamria PASTI peringkat kawasan – Jul-Ogos 2013 di Gombak

Alamria Pasti Negeri Selangor – 1 Sept 2013 (Ahad-25 Syawal 1434) di Shah Alam

PERLIS:

Alam Ria PASTI Kawasan Kangar – 24 Ogos 2013 (Sabtu) di  Kompleks PAS Perlis Jalan Kg Pondok-Stadium Utama

Alam Ria PASTI Kawasan Arau – 7 Julai 2013 (Ahad) di Kompleks PAS Perlis

PERAK:

Alam Ria PASTI Kawasan Tanjung Malim – 7 July 2013 di SAR Al Jihadiah, Tg malim

PESTA SUKAN PASTI MALAYSIA 2013 PENUH GILANG GEMILANG

Pasukan bola bersama YB Mahfuz

Alhamdulillah, Pesta Sukan PASTI Malaysia telah berjalan dengan lancar dan gilang gemilang di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar Kedah pada 28 dan 29 Jun 2013, hari Jumaat dan Sabtu yang lalu. Segulung tahniah kepada PASTI Negeri Kedah selaku tuan rumah pada kali ini kerana berjaya membuat persediaan dan persiapan yang sangat memuaskan.

Pesta telah dimulakan dengan perarakan masuk 240 orang kontinjen PASTI dari seluruh Malaysia. Kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu PASTI, menaikkan bendera, ikrar pelajar, ucapan oleh Pengarah Program, Ustaz Mohd. Rosli B. Azmi, Ucapan Ketua Pengarah PASTI Malaysia, YBhg. Hj Hassan B. Ahmad serta ucapan dan perasmian pembukaan oleh Y.B. Ust. Ahmad B. Yahya, Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah.

Seterusnya, acara yang paling dinanti-nantikan iaitu pertandingan bola sepak dan bola jaring telah berjalan dengan amat meriah. Pelajar-pelajar PASTI dari setiap pasukan amat teruja  dan penuh semangat dalam pertandingan untuk merebut gelaran juara pada kali ini. Johan bola sepak telah disandang oleh PASTI Pulau Pinang, Naib Johan disandang oleh Kedah, tempat ketiga oleh Terengganu dan keempat oleh Kelantan. Johan Bola Jaring pula disandang oleh Pulau Pinang, manakala Perak menyandang gelaran Naib Johan, Tempat ketiga jatuh kepada Kedah dan keempat Negeri Selangor. Juara keseluruhan pada kali ini telah dimenangi oleh PASTI Negeri Pulau Pinang.

Majlis Penutup telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Mahfuz B. Omar, Naib Presiden PAS. Hadiah dan cenderamata turut disampaikan kepada para pemenang bola sepak, bola jaring, penjaring terbanyak, dan juara keseluruhan.

Pesta diakhiri dengan istiadat menurunkan bendera kejohanan, nyanyian lagu PASTI serta penyerahan kepada tuan rumah akan datang. Negeri Perlis telah terpilih sebagai tuan rumah pada pesta sukan akan datang, dimana akan diadakan  pada tahun 2015. PASTI Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan Pesta Sukan pada kali inil. Semoga Allah merahmati setiap usaha yang telah dilakukan dari pelbagai peringkat.