Berita Terkini

Cikgu Nuriana Binti Dayok Telah Kembali Ke Rahmatullah Tuesday | 11 June 2019


 PAS Negeri Sabah telah kehilangan seorang permata & aktivis PAS iaitu, Cikgu Nuriana Binti Dayok, Guru Pasti An-Nur, Pitas Sabah, yang telah kembali ke rahmatullah pada 8hb Jun 2019 ( Sabtu ), bersamaan 4 Syawal 1440, akibat sakit yang dihidapi, Kanser Hati Tahap 4.

Justeru, PASTI Malaysia ingin mengucapkan salam Takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhumah Cikgu Nuriana Binti Dayok.

أَعْظَمَ اللهُ أَجْرَكَ، وَأَحْسَنَ عَزَاءَكَ وَغَفَرَ لِمَيِّتِكَ

"Semoga Allah membesarkan pahalamu dan membaikkan kesabaranmu dan mengampunkan bagi si matimu.”

إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ ، وَلَهُ مَا أَعْطَى ، وَكُلٌّ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى ، فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ (رواه البخاري، رقم 1284، ومسلم، رقم 923)

“Sesungguhnya milik Allah apa yang diambil dan bagi-Nya apa yang diberikan. Segala sesuatu disisi-Nya ajal yang telah ditentukan. Maka bersabarlah dan berharap (pahala dari-Nya).” (HR. Bukhari, no. 1284 dan Muslim, no. 923)

"Ya Allah, catatlah dia di sisi Mu termasuk orang orang yang baik, dan jadikanlah kitab catatan amalnya di kalangan orang orang yang beroleh kedudukan tertinggi, dan jadikanlah pengganti bagi keluarganya yang ditinggalkan, dan janganlah Engkau menghalangi kami dari pahalanya serta janganlah Engkau menguji kami sesudahnya."

"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman."

Amin Ya Rabba